Apa itu Hibah Takaful ?
Apakah Anda tahu apa itu Hibah Takaful ? Jika Belum tahu, maka anda berada dalam landasan yang tepat.
Sangat rugi jika tak ambil tahu. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri bersama insan tersayang.
Secara ringkasnya, 𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 merupakan satu pemberian harta dimana ianya dapat digunakan oleh waris sebagai pengganti gaji apabila kita dah tiada suatu hari nanti. Ataupun dalam bahasa lain, waris kita akan terima satu pampasan harta.
Kenapa Perlu Pilih Takaful ?
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan perinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana Takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Takaful = Airbag Kereta
Sekiranya kita membeli kereta, dan diberi pilihan untuk memilih :
1. Kereta yang mempunyai airbag
2. Kereta yang tiada airbag
Yang manakah pilihan utama kita ?
Dengan airbag atau tanpa airbag?
Airbag :- Mungkin ketika dibeli, ia tidak bernilai. Kita akan menghargainya disaat berlakunya kemalangan.
Begitu jugalah dengan Takaful. Kita tidak tahu bila mana kita betul-betul memerlukannya. Yang pasti risiko boleh berlaku dimana-mana dan pada bila-bila masa saja.
Setiap ketua keluarga sanggup berkorban buat insan yang mereka sayangi. Bagi yang sudah berumahtangga, suami merupakan ketua kelurga yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga nafkah isteri dan anak-anak. Bagi yang masih bujang, bapa adalah ketua keluarga dalam kehidupan mereka seharian. Ada juga anak-anak yang kini menjadi tulang belakang keluarga setelah ketiadaan ibu bapa mereka.
Segala perbelanjaan harian, yuran sekolah dan bil-bil kebanyakannya ditanggung sepenuhnya oleh ketua keluarga.
Pernah tak sebelum ini terfikir apa akan terjadi apabila kita sebagai ketua keluarga @ "mata pencarian" telah pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya?
Bagaimana dengan nasib keluarga yang telah kita bina bertahun lamanya ?
Apakah yang akan mereka lakukan setelah ketiadaan kita disisi ?
Sudahkah kita melihat jumlah akaun bank yang terkini hari ini ? Berapakah Jumlahnya ? Cukup buat mereka yang anda sayangi ?
Mahukah Tuan/Puan saya kongsikan satu Plan Khas, sekiranya kita sudah tiada, waris masih lagi boleh menerima pendapatan sebagai Pengganti Gaji income kita selama ini ?
Mahukan anda satu Plan dimana waris dapat meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala tanpa perlu meminta-minta ?
Disinilah fungsi Hibah Takaful, Sebagai pengganti gaji buat waris yang dicintai.
Tahukah Anda :
Apabila seseorang meninggal dunia, segala harta yang ada dipanggil HARTA PUSAKA.
Contohnya:
- Tanah
- Rumah
- Duit Simpanan
- Pelaburan
- Keuntungan Syarikat
Harta ini akan dibekukan dan pentadbir harta akan dilantik untuk pembahagian harta dan kebiasaannya akan mengambil masa yang lama (dalam 5 -20 tahun). Apatah lagi jika harta yang ditinggalkan banyak dan tidak diwasiatkan.
Sedangkan aliran WANG TUNAI diperlukan segera bagi kelangsungan hidup waris yang ditinggalkan.
Contohnya isteri yang kehilangan suami memerlukan perbelanjaan untuk makan minum, tempat tinggal, pendidikan anak dan juga hutang suami yang perlu dilangsaikan dengan segera.
Disinilah peranan Hibah Takaful sebagai FAST MONEY.
Berminat:
Hubungi saya segera di:
Call: +6019-6248777 (M Amiruddin Razak | Agent Takaful Berdaftar)
Kenapa Perlu Ada Hibah :
- Terbukti berkesan di Mahkamah.
- Sebagai peninggalan untuk anak isteri buat sara hidup mereka.
- Waris boleh menggunakan wang hibah untuk bekalan akhirat buat si arwah.
- Boleh diberi kepada sesiapa sahaja tidak terhad kepada waris atau bukan waris sahaja.
- Boleh digunakan untuk membayar hutang seperti kereta atau rumah sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
- Jumlah harta yang nak dihibahkan juga tidak terhad.
- Dapat mengelakkan risiko harta pusaka beku kerana pembahagian harta sudah dirancang semasa hidup.
- Mengurangkan risiko pertikaian sesama waris kerana dokumen hibah yang telah disahkan di Mahkamah mempunyai kekuatan dari segi undang-undang untuk dilaksanakan.
Kekurangan Bila Tidak Ambil Tahu Berkenaan Hibah :
- Berlaku perebutan harta diantara ahli waris.
- Isteri yang tidak bekerja (suri rumah) terpaksa menggalas semua tanggungjawab yang ditinggalkan suami. Kasihan anak-anak.
- Pendidikan anak-anak terganggu disebabkan duit yang tidak mencukupi.
- Hutang2 suami ditanggung pula oleh Si Isteri.
- Ada diantara balu yang membuat keputusan untuk berkahwin lagi bagi menyara kehidupannya dan anak-anak.
Hari ini ...
Bayangkan gaji anda sebulan adalah sebanyak RM 2,200 . Pada waktu gaji masuk, anda cek akaun bank, dan anda dapati gaji anda kurang @ short sebanyak RM 200 iaitu bersamaan 10% daripada gaji keseluruhan. Bayangkan betapa mengamuknya diri anda. Silap-silap mood kerja pun hilang kan.
Itu baru hilang 10%. Bayangkan bila kita sudah tiada lagi didunia ini, 100% daripada gaji kita tadi tidak lagi diterima oleh keluarga.
Apa kata hari ini, anda allocate kan duit yang hilang tadi @ RM 200 kedalam satu Plan Hibah dimana bila kita sudah tiada, atau hilang upaya kekal, waris masih lagi menerima pendapatan seperti sedia kala. Bagus kan.
Pelan Hibah Terbaik
- Dengan hanya serendah RM 100 anda mampu sediakan perlindungan sebanyak RM 250,000. Jika berlaku kematian ataupun hilang upaya kekal, waris akan terima pampasan sebanyak jumlah ini. Ya serendah RM 100.
- Inilah yang dinamakan sebagai Pelan Hibah Takaful atau Plan Pengganti Gaji.
- Tempoh perlindungan juga sangat panjang iaitu sehingga umur 70 - 80 Tahun.
- Dengan wang sejumlah ini, waris dapat membayar hutang-hutang yang ditinggalkan.
- Dengan wang lebihan sedia ada, waris seterusnya dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.
SYARAT untuk apply @ mohon hibah adalah SIHAT SAHAJA.
Golongan yang Perlu Mengambil Hibah :
- Ahli perniagaan.
- Mereka yang bujang.
- Mereka yang berpoligami.
- Pasangan yang mempunyai anak OKU.
- Pasangan yang mempunyai anak angkat.
- Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah.
- Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja.
- Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan.
- Pasangan suami isteri yang membeli rumah secara bersama.
- Duda yang ingin berkahwin dengan pasangan yang lebih muda.
- Pasangan yang sudah berkahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.
Info Berkaitan Penulis :
Nama diberi Muhammad Amiruddin Bin Abd Razak. Merupakan seorang Perunding Takaful Berdaftar daripada Al-Isra' Associates, FWD Takaful yang dipercayai ramai. Lepasan Degree dalam Bidang Fizik Elektronik & Instrumentasi (FEDI) di Universiti Malaysia Terengganu. Berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan.
Salah satu tujuan saya kearah bidang Takaful Consultant ini ialah, untuk berkongsi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia, tentang pentingnya Hibah Takaful dalam kehidupan kita ini.
Tahun ini sahaja, saya telah bantu ramai rakyat Malaysia menyediakan perlindungan Plan Hibah buat keluarga mereka.
Takaful bukan untuk orang miskin, bukan juga untuk orang kaya. Takaful hanya untuk orang yang mempunyai kesedaran sahaja.
Semua perkara yang kita lakukan hari ini mempunyai risiko, bahkan saat kita tidak melakukan apa-apa sekalipun. Tiada siapa yang boleh beri jaminan.
Dan sungguh, perbuatan yang memiliki risiko terbesar adalah membiarkan perkara-perkara buruk terjadi kepada diri sendiri tanpa melakukan apa-apa persediaan.
Antara gambar yang sempat saya ambil :
Kisah Orang Lain :
Masa yang terbaik untuk apply Hibah Takaful adalah SEKARANG!!
Kenapa ??
1. Bila anda apply waktu usia MUDA, sumbangan Takaful anda MURAH.
2. Sebab anda tak boleh gerenti bila risiko akan hadir.
3. Sebab anda masih lagi SIHAT.
Hanya selangkah saja lagi anda mampu dapatkan rundingan daripada kami.
Nak Tahu lebih lanjut & Berminat nak apply Hibah Takaful ?? Jom contact saya pada nombor dibawah:
"FEEL FREE TO ASK"😊
Hubungi saya segera di:
Call: +6019-6248777 (M Amiruddin Razak | Agent Takaful Berdaftar)
Soalan-soalan HOT :
1. Saya masih bujang dan merupakan anak bongsu dalam family, perlu ke saya apply Hibah ?
Jawapan : Kerana awak bujang lah awak perlu ada hibah, sebab bila nanti awak dah berkahwin, umur pun sudah meningkat, confirm caruman Takaful awak lebih tinggi. Ketika itu, belum tentu kita masih lagi sihat seperti biasa. Rugi bila sudah ada sejarah sakit ni. Inilah peluang yang terbaik buat awak sebenarnya.
2. Akan datang bila saya dah berkahwin, Penama dalam sijil Takaful bleh ditukar tak ?
Jawapan : Yaa, boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Minta bantuan Agent Takaful untuk kemaskini.
3. Saya memang berminat dengan Hibah ni, tapi tulah, adik beradik saya ramai, takut tak mampu bayar je bulan-bulan, apa pandangan Encik ?
Jawapan : Macamnilah... Jika Family awak memang betul-betul mengharapkan income sepenuhya daripada awak, memang WAJIB kene ada Hibah ni. Nampak seperti berat. Tetapi berat lagi buat mereka, jika awak tak tinggalkan sesuatu setelah kita tiada nanti. Inilah ikhtiar kita buat Family. Urusan lain kita serahkan pada yang Maha Kuasa. Yang penting awak dah berusaha & berikhtiar. Asingkan kewangan siap2 untuk Takaful. In shaa Allah.
4. Saya dah ada insurans Company, saya rasa tak perlu kot Hibah ni ?
Jawapan : Bagus soalan ni. Ok macamni, insurans company awak tu cover awak ditempat kerja je tau. Risiko awak pergi dan balik kerja, company tak tanggung. Lagi satu, lepas awak pencen atau diberhentikan kerja, automatik company dah tak cover. Kalau lepas pencen baru nak ambil Hibah, mintak maaf memang dah mahal. Itupun kalau awak masih sihat lagi.
5. Saya bekerja sebagai Freelacer Oil & Gas. Kerja pun ikut projek. Kalau putus job, memang saya takut tak dapat bayar. Apa pendapat Encik ?
Jawapan : Ok Begini. First, awak bekerja ditempat yang berisiko tinggi seperti Letupan, Gas Leaking, dan Falling Object. Memang kene sediakan Hibah. Tips daripada saya, awak allocate kan duit gaji awak tu untuk bayar Takaful lumpsum selama 3 ke 6 bulan. Jadi bila putus job, dah tak perlu risau lagi. Saya tahu, sekali awak dapat gaji mesti berlepuk-lepuk kan. Masa tu memang tak ingat dunia dah, hehehe. Saya ada ramai kawan bekerja di tempat sebegini.
Kesimpulan :
Hari ini ...
"Dalam cuaca yang baik, kebolehan semua kapten kapal adalah sama. Reaksi mereka tidak diduga ketika ombak besar datang melanda. Kita juga pada masa yang aman, harus memikirkan bahaya di masa akan datang. Sungguh kita tidak mengetahui tindakan mana yang kita lakukan hari ini dapat membantu kita pada hari esok. Lakukanlah tindakan yang tepat." - M Amiruddin Razak
Hari ini ...
"Konsep Takaful bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk orang yang kita sayangi. Semua tahu akan Tarikh Lahir tetapi tiada siapa tahu akan Tarikh Mati. Harta peninggalan bukan sepenuhnya milik isteri. Ketahuilah dan sematkan kemas-kemas dalam hati. Pujuklah pasangan anda sementara masih awal lagi." - M Amiruddin Razak















